Sunday, 21 August 2011

Malam Lailatul-Qadar Malam seribu bulan...



MALAM LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
 
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
 
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
 
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
 
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
 
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
 
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "
 


Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Wednesday, 27 April 2011

Sahabat Atau kekasih..yang mane paling penting??

Sahabat & kekasih merupakan antara individu yang banyak mempengaruhi kehidupan manusia sekarangtetapi antara sedar mahupun tidak sahabat merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang selain daripada keluarga . 

Mengapa sahabat perlu dikatakan lebih utama berbanding kekasih ? 

Semasa study mesti dengan sahabat sebab sabahat-sahabat lebih mahir dengan minat masing-masing..

Semasa tension dengan kekasih sahabatlah tempat paling mudah , cepat dan mesra untuk dilepaskan dan kadang-kadang sahabat itu terlibat secara tak sengaja dengan masalah dia dan kekasihnya..

Semasa kesusahan seperti kemalangan , demam , ataupun sakit , siapa yang paling membantu ? Mesti la sahabat..

Rumusannya sahabat boleh dikatakan lebih mempunyai keutamaan bagi seseorang berbanding kekasih..
namun tidak pula dikatakan kekasih tidak diberi keutamaan dalam sisi kehidupan sesorang..
renung2 kanlah...
-bagi pandangan aku,kedua2 insan sama ada sahabat mahupun kekasih,kedua duanya sangat bermakna dalam hidup ini..sukar dan sunyi raseny hidup ini tanpa sahabat dan kekasih-

Sunday, 24 April 2011

Suka Jenguk2 Blog org lain..

Syok jgk follow blog2 org nih...hehe
kadang2 macam2 luahan perasaan boleh didapati kat blog nih..
citer2 seram pon ada..
bnyk idea betul la para bloggers nih..haha
Tp yang xsyoknya rase timbul perasaan jeles lak bila tgk blog org ni..
yela background blog lawa siot..
yang cam futureristic pon ada..kaw2 gila r blog 2..
BIla tgk blog aku nih cam langsung xmenarik jer..hehehe
xpela coz aku still amatur..
still bnyk yg perlu ak terokai lam alam blog nih..
harap2 ada yg sudi tulun la kasi advance ckit ak punya blog nih..hehehe
sekian buat tika ini..
-sentiasa inginkan yg terbaik!!

Monday, 11 April 2011

Short song but good enough to express his feeling..not 'hard to explain' hehehe




                                      


The Stone Roses - Elizabeth My Dear

Tear me apart and boil my bones... 
I'll not rest till she's lost her throne... 
My aim is true my message is clear... 
It's curtains for you, elizabeth my dear...
+++edit ckit+++
It's curtains for you, ILyani My dear...
hehehehe...
The Stone Roses - Elizabeth my dear.. 

Hariz - Ilyani My dear...hehe

Sunday, 10 April 2011

..Detik Indah Bersama Teman-teman..

Seronok rasanya bila dapat mengimbas kembali kenangan bersama rakan-rakan..
sukar untuk menggambarkan perasaan ini sayu+seronok=????
'Hard To Explain"la jwbnya..hahahaha
walau jauh mana jarak antara kita sekali pon..
semoga ikatan persahabatan ini terus berkekalan..
shidy.jebon(yuti),payid,billy(farid),juan..sep kito kacip blako sapa bilo2!!

Home Sick...

Rindu sgt2 kat kg halaman..
itu yg bermain2 di fikiran ak wat masa sekarang..
"hard to explain" perasaan nih..
dh berbulan2 asenya xblk kat kg..
rindu dkt family disana hny tuhan jer yg tau..
tp xpe..ak ni ank lelaki mstilah kuat!!
at kental punya...
walaupun member2 ada yg slalu blk kg even awek ak sdri pon slalu blk kg..huhu
namun ak still dpt brtahan kat sini..
punyalah hbt aku nih..hahahah..(KOya)
Arap2 lps abis final exam ak dapat blk ke kg dgn slamat...
aminnnn......

First Time

Hard To explain??
susah Untuk menerangkan??
banyak benda yg sukar untuk dihuraikan bg mndpt kepastian..
itu lah dunia..
manusia sentiasa perlu belajar,belajar dan belajar..
even nk wat blogg pon kna belajar..
time kasihh kpd tenaga pegajar yg membawa ku masuk ke alam blog..
hahahaha...
adiossss...